Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Mohamad Amir Bin Mohd Zulkifli ♥ Noremie Atikah Binti Ibrahim

Monday, 15 October 2012

Buat Ibu :


Sekali lagi selamat hari lahir mak.

Selamat hari lahir Kenari Binti Hussain, ikah sayang mak sampai ikah mati. Noktah.

jam menunjukkan pukul 12.00 am menunjukkan hari nie bfday mak dan ikah  masih belum tidur .
Sbb ikah tengah update blog untuk hari lahir mak. Pada tarikh 15 OCTOBER 2012 nie genap lar umur mak aku 54 tahun. Mak, maafkan anakmu nie sbb tak dapat nak bagi apa-2 hadiah. Ikah hanya mampu bagi mak segulung DIPLOMA jer tahun depan mak. Ikah tak tahu kalau takde mak dan ayah dlm hidup ikah. Ikah sangat-2 sayangkan mak :’(


Ayah, abg zahir, kak watie and Mak <3
Pix mak masa pergi munduk <3
Ini anak perempuan kedua bongsu Mak.
Nama samaran : Ikah

Mak, ikah  sayang mak.

Badan mak kurus tak macam anak dia nie gemuk.

Kulit mak hitam manis macam anak-2 mak.

Hidung  mak mancung.

Mak suka tanam sayur dan berkebun. Itu yang buat ikah  suka sebab nanti ikah suruh mak ambik sayur yang mak tanam jer kalau nak makan. ;-) Mak suka buat macam macam jenis lauk. Sebab tu lah ayah selalu marah kat mak sbb masak lauk hari-2 mesti banyak jenis, sape nak makan mak oiii, anak mak bukan nya ramai lah :D . Mak suka bising bising bila rumah bersepah. Sebab tu lah setiap kali dia kuar  pergi mana-2 and kalu tahu mak dah nak balik, aku adik farah and kak watie terus kemas-2 umah, kalau tak apa dia tak cakap kat kami nie. Pemalas ada semuanya lah. Tapi aku tak sanggup dah nak tgk mak marah-2 lagi, lagipun mak aku dah berumur dah :’(

Saksikan lah wahai dunia :

SELAMAT HARI LAHIR MAK.
I ♥ U
Ibu, Ibu engkaulah ratu hatiku :')

dan sekali lagi, untuk Kenari Bt Hussain. ikah sayang mak.
semoga panjang umur.
Semoga sentiasa berbahagia.
semoga selamat menempuh hari mendatang ya.

Kesekian kalinya untuk wanita ini, kau jantung bagi aku.
aku tak boleh hidup tanpa Dia. Ikah sentiasa ingat mak. 




Your cute daughter,
-Ikah





No comments:

Post a Comment